About Me

My photo
We are student of National University Of Malaysia. This blog is for our assignment project which is "Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1"

Ciri-ciri Laras Bahasa



Assalamualaikum...

Ciri-ciri Laras Bahasa

•      Ditentukan oleh dua faktor utama:

–      Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa
–      Ciri-ciri linguistik
                                                                 
1. Ciri-ciri keperihalan

•      Terbahagi kepada dua jenis:

–      Situasi luaran
–      Situasi persekitaran

•      Situasi luaran ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.

•      Situasi persekitaran ialah aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa

–      Empat faktor yang ketara ialah:
•      Cara penyampaian (lisan, bertulis, bahasa isyarat dll)
•      Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa
•      Bahan yang diperkatakan
•      Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa (rasmi/tak rasmi)

2. Ciri-ciri Linguistik

•      Bermaksud unsur-unsur sistem bahasa itu, iaitu aspek bunyi, perkataan, frasa dan ayatnya.

–      Aspek bunyi – nada suara (drama, ucapan dll)
–      Aspek perkataan – perkataan khusus berdasarkan bidang, unsur kolokasi (dua perkataan yang berkaitan), perkataan pinjaman.
–      Aspek ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang pendek.



Laras Bahasa



"Adakah laras bahasa ini penting dalam penulisan dan penterjemahan?"


Assalamualaikum


Laras bahasa sangat penting dalam penulisan mahupun penterjemahan, jadi, apakah maksud bahasa?  Bahasa ialah  Satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung. Selain itu, ia merupakan alat perhubungan dan komunikasi dan alat untuk menyatakan perasaaan , melahirkan keinginan dan sebagainya. Bahasa mempunyai sistem yang heterogen. Terdapat pelbagai ragam atau variasi dalam sesuatu bahasa. Dalam sosiolinguistik, ragam bahasa yang timbul akibat penggunaan yang pelbagai diistilahkan sebagai laras.
     Oleh demikian, kajian yang dibuat oleh ahli linguistik dan sosiolinguistik menimbulkan beberapa pandangan tentang konsep dan takrif laras bahasa. Antaranya seperti Nik Safiah Karim (1989;2) mengatakan bahawa laras bahasa ialah gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa, bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Selain itu, Ainon Muhammad (1991:107) juga berpendapat bahawa laras bahasa ialah perkataan-perkataan yang digunakan dengan pengertian khusus dalam bidang itu sahaja. Perkataan-perkataan itu digunakan juga dalam bidang lain tetapi dengan makna yang berlainan antara satu bidang dengan bidang yang lain. Biasanya, perkataan itu terdiri daripada perkataan biasa. Seterusnya, Asmah Haji Omar (1987: 2), laras bahasa ialah unit-unit khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang penggunaannya. Menurutnya lagi, setiap bahasa ada variasi atau kelainan. Setiap kelainan boleh dilihat dari pelbagai sudut, berdasarkan kawasan (dialek), situasi sosial (dialek sosial – bahasa kasar, bahasa halus dan bahasa neutral ), tema atau judul (laras bahasa) – laras bahasa sastera, laras bahasa akademik dan sebagainya.

    Kesimpulannya, laras bahasa ini sangat penting kerana ia merupakan ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan. Serentak itu juga, bahasa yang digunakan untuk sesuatu konteks adalah berlainan, misalnya, bahasa yang digunakan dalam ulasan sukan dengan bahasa minit mesyuarat adalah berbeza, bahasa yang digunakan dalam bidang masakan tidak sama dengan bahasa yang digunakan dalam bidang pemotoran. Jelasla di sini bahasa laras bahasa itu sangat penting dalam tulisan mahupun dalam penterjemahan.

Sekian







Contoh Terjemahan Karangan Arab Yang Bertajuk ' Keluarga Saya ' 😊



Contoh Terjemahan Karangan Arab   Yang Bertajuk ' Keluarga Saya ' 😊





Contoh Ayat Sumber yang diterjemahkan kepada Bahasa Sasaran mengikut Struktur Ayat Sasaran 😊


Assalamualaikum,
Selepas selesai menterjemah dan melakukan proses pemindahan teks, penterjemah perlu menyusun semula perkataan dan ayat dengan gaya bahasa yang sesuai mengikut bahasa sasaran. Struktur ayat itu mestilah mudah dan dapat difahami oleh pembaca. Sebagai contoh:

AYAT SUMBER :

أكل محمد الأرز

AYAT SASARAN :
Telah makan Muhammad akan nasi.

AYAT SASARAN YANG TELAH DISTRUKTUR SEMULA :

Muhammad telah makan nasi





Kuliah Keempat 😊




BISMILLLAHIRRAHMAANIRRAHIIM..

Kuliah ke 4

Secara amnya, penterjemahan terbahagi kepada dua iaitu terjemahan lisan dan juga terjemahan tulisan.
Terjemahan lisan adalah apabila seseorang itu menterjemahkan sesuatu teks / ucapan secara spontan menggunakan lisan..
Terjemahan tulisan pula apabila seseorang itu menterjemahkan teks melalui tulisan.

Ciri - ciri penterjemahan lisan. (Interpreter)
- Tidak boleh berhenti.
   * Penterjemah tidak boleh berhenti bercakap walaupun setelah menyedari terjemahannya mengandungi kesilapan. Perkara ini adalah penting bagi mengelakkan penterjemah tertinggal isi isi penting teks/ucapan yang lain.
   * Penterjemahan yang dilakukan mestilah spontan.
- Cepat dan pantas
   * Penterjemah mestilah sentiasa fokus terhadap apa yang disampaikan , cepat dan pantas dalam menterjemahkan  teks.
- Berbakat
   * Bakat yang perlu ada pada setiap penterjemah lisan adalah beliau mestilah seorang yang fasih bercakap , lancar dalam penghuraian  dan tidak gagap.
   * Penterjemah juga mestilah seorang yang brkeyakinan tinggi dan tidak mudah menggelabah apabila berhadapan dengan situasi yang tidak diingini.
   * Penterjemah juga mestilah melalui banyak fasa untuk membina keyakinan melalui pengalaman.
- Berpengetahuan luas.
   * Pengetahuan yang luas dalam setiap aspek akan memberi kelebihan kepada penterjemah untuk mentafsirkan apa sahaja secara kasar agar difahami pendengar.


Ciri - ciri penterjemahan tulisan.
- Uslub bahasa yang tinggi.
   * Penterjemah tulisan mestilah mempunyai kemahiran berbahasa yang tinggi , kosa kata yang luas dan mahir dalam penggunaaan istilah kedua dua bahasa bagi menarik minat pembaca tentang setiap artikel/ teks yang ditulis.
   * Sekiranya penterjemahan yang dilakukannya mengandungi unsur - unsur kesalahan dan kecacatan, perterjemah mempunyai masa untuk membaiki kesalahannya selagi teks tersebut masih di dalam proses penterjemahan.
- Bakat
  * Penterjemah mestilah bijak menginterpretasikan terjemahan kepada peringkat bahasa yang sepatutnya. Contohnya penterjemah yang menterjemahan buku kanak-kanak mestilah bijak dalam penggunaan  bahasa yang mudah sesuai dengan peringkat bahasa kanak-kanak tersebut.
   * Penterjemah tidak disyaratkan untuk fasih berbicara, malahan orang yang bisu dan cacat anggota badan pun boleh menjadi seorang perterjemah tulisan.


PERNTERJEMAHAN DARI KACA MATA PROFESSIONAL.

1. Robert Lado.

Beliau  mengelaskan penterjemahan kepada 2 bahagian. Faktual dan Sastera.

Faktual : Fakta
             ( bahan - bahan berbentuk ilmiah)
             - mestilah padat , ringkas dan jelas.
Sastera : Kesusasteraan.
              Terbahagi kepada 2 : Sastera kreatif dan sastera tidak kreatif
              (Kreatif : cerpen , novel , syair  Tidak kreatif : Penulisan kritikan sastera)
             - mestilah mempunyai nilai kesenian dan kesusasteraan
             - Penterjemahan mestilah pandai mengolah bahasa agar perasaan penulis asal dapat               dipindahkan kepada pembaca.

2. Roman Jacobson

Beliau mengelaskan penterjemahan kepada 3 bahagian.

Intralingual : Dialek ke dialek , dialek ke bahasa baku, bahasa kasar ke bahasa halus
Interlingual : bahasa ke bahasa
Intersemotik : simbol ke bahasa.

Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini. XD

Semoga bermanfaat ..




KULIAH KETIGA 😊




KULIAH KETIGA : 21/2/2017

pada kuliah kali ini , dr maheram menjelaskan kepada kami apakah maksud terjemah. terjemah bermaksud satu proses pemindahan maklumat , teks , makna , struktur struktur leksibel , risalah dan sebagainya daripada bahasa sumber ke padanan sejadi atau pun hampir sejadi. ini memberi gambaran bahawa setiap apa yang terjemah merupakan proses pemindahan dimana ianya melibatkan sama ade teks ,makna mahupun risalah. walaubagaimana pun terjemah juga terdiri daripada artikel , buku , tulisan lama dan sebagainya. ianya tidak mengkhususkan kepada satu sumber sahaja. makna yang telah diterjemahkan mempunyai maksud dan makna sama ada hampir sama mahupun sama.

apabila terjemah akan melibatkan 2 proses iaitu bahasa sumber dan bidang. bahasa sumber bermaksud bahasa asal yang menjadi panduan kepada kita untuk terjemah. jadinya kita perlu mengetahui bahasa sumber dengan baik sebelum memulakan sesuatu terjemahan. manakala bidang bermaksud sesuatu terjemahan yang kita tulis mestilah mencakupi dengan bidang apa yang kita ingin dan bidang tersebut mestilah tidak lari makna daripada apa yang kita tulis supaya tidak akan berlaku percanggahan makna ataupun membawa makna yang kurang tepat.

kedua dua ini haruslah dilaraskan. laras maksudnya terjemahan kita mestilah  sesuai dengan tahap dan orang yang membaca. sebagai contoh, terjemahan kepada orang awam, kita mesti menggunakan ayat dan struktur bahasa yang mudah untuk orang lain baca supaya akan memudahkan mereka faham. sekiranya terjemahan kepada kanak kanak ataupun remaja, bahasa yang digunakan harus sesuai dengan peringkat umur dan usia dan tidak menimbulkan kecelaruan yang akhirnya membawa kepada tidak minat untuk membacanya.

laras terbahagi kepada 2 iaitu ilmiah dan sastera. ilmiah bermaksud terjemahan tersebut lebih kepada perkara berkaitan yang boleh dimanfaatkan orang lain dan penggunaan bahasanya haruslah menepati tahap pembaca, manakala sastera bermaksud satu terjemahan yang memerlukan kepada penambaikkan dan kriktik daripada pembaca untuk meningkatkan penulisan kita.

sekian...



Contoh Terjemahan Arab Melayu 😊



الجوهرة الثمينة
بلغ رجل سن الشيخوخة، وكان ذا ثروة طائلة وله ثلاثة بنين. فلما أحسّ بدنوّ الأجل، قسّم أمواله بين بنيه بالتساوي، واحتفظ بجوهرة ثمينة كانت عنده، وقال لهم:"تكون هذه الجوهرة من نصيب من قام منكم بعمل من أعمال البطولة أو الأعمال الجليلة يميّزه عن أخويه".
 فقال أكبر الأبناء:"لقد قمت بعمل جليل يدل على النبل والمروءة ،وإني أستحق منك هذه المكافأة يا أبتِ".فقال له أبوه:" وما هو؟" قال:استوعدني رجل مالاً وكان مبلغا عظيما، دون أن يأخذ عليَّ وثيقة به، ودون أن يعلم أحد بالأمر. وقد سلّمته هذا المال حالما طلبه، ولم آخذ على ذلك مكافأة ما. أفلا يعدّ عملي هذا عظيما؟" فقال الأب: هو حسن، وهو ما يوجبه عليك الدين والصدق في التعامل، ولكنّه ليس من الأعمال الفريدة التي تفوق سواها".
وقال الابن الثاني :"أما أنا، فإنّ العمل الذي سأذكره والذي عملته منذ بضعة أسابيع، لمما يؤهلني لمكافأتك.كنت ذات يوم مطير أسير على شاطيء البحيرة القريبة من هنا، وإذا بطفل صغير قد سقط فيها وكاد يغرق. وخاطرت بحياتي وأنقذته من الغرق وسلمته إلى أمّه. أفليس هذا عملا شريفا أستحق لأجله كلّ  مكافاة؟" فقال الأب:" إنّه عمل شريف، ولكنّه شفقة طبيعيّة على كلّ إنسان.
          وقال الثالث، وهو أصغر الأبناء:"أما أنا فالذي أذكره من أعمالي أنّي كنت يوما في إحدى البراي، وقد خرجت للصيد فرأيت أحد أعدائي نائما على صخرة على حافّة هوّة هائلة، وهو في حالته تلك لو تحرك أقل حركة لسقط وتحطم. فدنوت منه خفيفا خفيفا وأيقظته بكيفيّة نجته من الهلاك.
فلما سمع الأب هذا الكلام تهلل وجهه سرورا، وقال:" نعم، هذا هو أجلّ الأعمال.  نعم هذه هي البطولة بعينها، أن تنقذ حياة عدوّك وأنت قادر عل إهلاكه". قال هذا وأعطاه الجوهرة الثمينة.



BATU PERMATA YANG SANGAT MAHAL

Seorang lelaki telah sampai ke usia yang sudah tua. Beliau mempunyai harta kekayaan yang sangat banyak. Di samping itu, beliau mempunyai tiga anak lelaki. Apabila lelaki tua ini merasakan dirinya hampir kepada detik kematian, beliau telah pun membahagikan hartanya kepada anaknya dengan sama rata. Setelah kesemua hartanya telah dibahagikan, ada satu yang dia simpan iaitu batu permata yang sangat mahal. Beliau berkata kepada anak-anaknya, “Batu permata ini ak uakan beri kepada salah seorang daripada kamu yang melakukan amalan yang mulia dan agong dan membezakan dengan orang lain”.
Maka anaknya yang sulong menceritakan amalan mulianya iaitu “Wahai ayahku, sesungguhnya aku telah satu amalan yang baik ke atas seorang lelaki yang cerdik, sesungguhnya aku berhak ke atas ganjaran itu wahai ayahku” maka, ayahnya berkata “apa dia?” anak sulungnya berkata “seseorang lelaki telah meninggalkan aku sejumlah wang yang sangat banyak, tanpa ada perjanjian dokumen, tanpa diketahui oleh sesiapapun. Setelah itu, saya telah serah kembali wang itu apabila lelaki itu dating menuntutnya tanpa saya mengambil sedikit pun dari wang itu. Adakah amalan saya ini merupakan amalan yang paling agung?” Maka berkatala ayahnya : kamu seorang yang baik, tetapi apa yang kamu lekukan itu memang dituntut oleh agama untuk berlaku jujur dengan orang lain. Akan tetapi, amalan ini bukanlah daripada amalan yang baik yang boleh membezakan dengan orang lain.”
Kemudian, anak keduanya pula berkata : “adapun saya, sesungguhnya amalan yang saya sebutkan ini sejak beberapa minggu yang lalu, dengan amalan ini dapat melayakkan saya untuk mendapat ganjaran itu. Pada suatu hari dalam keadaan cuaca hujan, saya berjalan di sebuah tasik yang berhampiran dari sini. Tiba-tiba ada seorang budak kecil yang terjatuh dan hamper lemas, dan saya telah membahayakan hidup saya dengan menyelamatkan budak itu daripada lemas dan kembalikan kepada ibunya. Adakah ini amalan yang mulia dan berhak kepadaku untuk mendapatkan semua ganjaran itu?” Berkata ayahnya : “sesungguhnya ini amalan yang mulia akan tetapi sifat belas kasihan itu terdapat pada semua manusia”.
Seterusnya anak ketiga beliau merupakan anak bongsunya berkata : adapun saya akan menyebutkannya daripada amalanku, sesungguhnya pada suatu hari di padang pasir, saya keluar untuk berburu, setelah itu saya melihat musuhku sedang tidur di atas batu di pinggir jurang yang besar. Keadaanya ketika itu, kalau dia bergerak sedikit sahaja, maka dia akan jatuh. Maka dengan itu, aku menghampirinya dan mengejutkannya dengan perlahan supaya tidak mendatangkan bahaya padanya daripada kebinasaan itu.

Apabila ayahnya mendengar cerita ini, wajah ayahnya begitu gembira, dan berkata ayahnya : “betul, inilah amalan yang paling mulia dan ini juga juara di matanya, untuk menyelamatkan musuh kamu dan kamu mampu untuk menyelamatkan kebinasaannya.” Ayahnya berkata, batu permata yang mahal ini aku bagikan kepada kamu.




Ultra Man
d -->