Kuliah ke 4
Secara amnya, penterjemahan terbahagi kepada dua iaitu terjemahan lisan dan juga terjemahan tulisan.
Terjemahan lisan adalah apabila seseorang itu menterjemahkan sesuatu teks / ucapan secara spontan menggunakan lisan..
Terjemahan tulisan pula apabila seseorang itu menterjemahkan teks melalui tulisan.
Ciri - ciri penterjemahan lisan. (Interpreter)
- Tidak boleh berhenti.
* Penterjemah tidak boleh berhenti bercakap walaupun setelah menyedari terjemahannya mengandungi kesilapan. Perkara ini adalah penting bagi mengelakkan penterjemah tertinggal isi isi penting teks/ucapan yang lain.
* Penterjemahan yang dilakukan mestilah spontan.
- Cepat dan pantas
* Penterjemah mestilah sentiasa fokus terhadap apa yang disampaikan , cepat dan pantas dalam menterjemahkan teks.
- Berbakat
* Bakat yang perlu ada pada setiap penterjemah lisan adalah beliau mestilah seorang yang fasih bercakap , lancar dalam penghuraian dan tidak gagap.
* Penterjemah juga mestilah seorang yang brkeyakinan tinggi dan tidak mudah menggelabah apabila berhadapan dengan situasi yang tidak diingini.
* Penterjemah juga mestilah melalui banyak fasa untuk membina keyakinan melalui pengalaman.
- Berpengetahuan luas.
* Pengetahuan yang luas dalam setiap aspek akan memberi kelebihan kepada penterjemah untuk mentafsirkan apa sahaja secara kasar agar difahami pendengar.
Ciri - ciri penterjemahan tulisan.
- Uslub bahasa yang tinggi.
* Penterjemah tulisan mestilah mempunyai kemahiran berbahasa yang tinggi , kosa kata yang luas dan mahir dalam penggunaaan istilah kedua dua bahasa bagi menarik minat pembaca tentang setiap artikel/ teks yang ditulis.
* Sekiranya penterjemahan yang dilakukannya mengandungi unsur - unsur kesalahan dan kecacatan, perterjemah mempunyai masa untuk membaiki kesalahannya selagi teks tersebut masih di dalam proses penterjemahan.
- Bakat
* Penterjemah mestilah bijak menginterpretasikan terjemahan kepada peringkat bahasa yang sepatutnya. Contohnya penterjemah yang menterjemahan buku kanak-kanak mestilah bijak dalam penggunaan bahasa yang mudah sesuai dengan peringkat bahasa kanak-kanak tersebut.
* Penterjemah tidak disyaratkan untuk fasih berbicara, malahan orang yang bisu dan cacat anggota badan pun boleh menjadi seorang perterjemah tulisan.
PERNTERJEMAHAN DARI KACA MATA PROFESSIONAL.
1. Robert Lado.
Beliau mengelaskan penterjemahan kepada 2 bahagian. Faktual dan Sastera.
Faktual : Fakta
( bahan - bahan berbentuk ilmiah)
- mestilah padat , ringkas dan jelas.
Sastera : Kesusasteraan.
Terbahagi kepada 2 : Sastera kreatif dan sastera tidak kreatif
(Kreatif : cerpen , novel , syair Tidak kreatif : Penulisan kritikan sastera)
- mestilah mempunyai nilai kesenian dan kesusasteraan
- Penterjemahan mestilah pandai mengolah bahasa agar perasaan penulis asal dapat dipindahkan kepada pembaca.
2. Roman Jacobson
Beliau mengelaskan penterjemahan kepada 3 bahagian.
Intralingual : Dialek ke dialek , dialek ke bahasa baku, bahasa kasar ke bahasa halus
Interlingual : bahasa ke bahasa
Intersemotik : simbol ke bahasa.
Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini. XD
Semoga bermanfaat ..
0 comments:
Post a Comment