![](https://guest.mylivesignature.com/100/DD770A5925D85CACAB2537DCE6094B482.gif)
terjemahan Al Quran tidak boleh dibaca tanpa merujuk teks asal iaitu Al Quran. Ini bermakna adalah salah sekiranya kita sisihkan teks asal ( Al Quran) apabila membaca terjemahan Al Quran.
terjemahan Al Quran adalah BUKAN Al Quran.
terdapat 2 jenis terjemahan Al Quran : 1) Harfiyah , 2) Maknawiyyah(Tafsiriyyah)
- terjemahan Harfiyah HARAM untuk terjemah Al Quran kerana perkataan arab dan melayu mempunyai perbezaan dari sudut makna.terjemahan ini juga terjemahan dari satu perkataan kepada satu perkataan. hal ini akan menyebabkan terjemahan yang dilakukan tidak mempunyai makna yang sebenar dan lari dari makna yang asal.
- terjemahan Maknawiyyah boleh kerana makna yang pertama boleh untuk diterjemahkan dan mempunyai makna kedua yang sukar untuk diterjemahkan. terjemahan ini juga bersambung dan tidak diterjemahkan dari satu perkataan kepada satu perkataan.
menurut fatwa : bahasa latin tidak boleh mengajar (digunakan) untuk mengajar orang lain.
-walau bagaimanapun, terjemahan Harfiyah boleh dilakukan sekiranya mempunyai 2 perkara ini : 1) mempunyai perkataan melayu 100% bahasa arab , 2) perkataan yang sama ( kata ganti nama dan sebagainya).
-akan tetapi dapat kita lihat kedua-dua perkara tidak wujud dan sememangnya terjemahan Harfiyyah adalah HARAM.
sekian...semoga peroleh manfaat daripada perkongsian ini
0 comments:
Post a Comment