About Me

My photo
We are student of National University Of Malaysia. This blog is for our assignment project which is "Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1"

Laras Bahasa



"Adakah laras bahasa ini penting dalam penulisan dan penterjemahan?"


Assalamualaikum


Laras bahasa sangat penting dalam penulisan mahupun penterjemahan, jadi, apakah maksud bahasa?  Bahasa ialah  Satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung. Selain itu, ia merupakan alat perhubungan dan komunikasi dan alat untuk menyatakan perasaaan , melahirkan keinginan dan sebagainya. Bahasa mempunyai sistem yang heterogen. Terdapat pelbagai ragam atau variasi dalam sesuatu bahasa. Dalam sosiolinguistik, ragam bahasa yang timbul akibat penggunaan yang pelbagai diistilahkan sebagai laras.
     Oleh demikian, kajian yang dibuat oleh ahli linguistik dan sosiolinguistik menimbulkan beberapa pandangan tentang konsep dan takrif laras bahasa. Antaranya seperti Nik Safiah Karim (1989;2) mengatakan bahawa laras bahasa ialah gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa, bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Selain itu, Ainon Muhammad (1991:107) juga berpendapat bahawa laras bahasa ialah perkataan-perkataan yang digunakan dengan pengertian khusus dalam bidang itu sahaja. Perkataan-perkataan itu digunakan juga dalam bidang lain tetapi dengan makna yang berlainan antara satu bidang dengan bidang yang lain. Biasanya, perkataan itu terdiri daripada perkataan biasa. Seterusnya, Asmah Haji Omar (1987: 2), laras bahasa ialah unit-unit khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang penggunaannya. Menurutnya lagi, setiap bahasa ada variasi atau kelainan. Setiap kelainan boleh dilihat dari pelbagai sudut, berdasarkan kawasan (dialek), situasi sosial (dialek sosial – bahasa kasar, bahasa halus dan bahasa neutral ), tema atau judul (laras bahasa) – laras bahasa sastera, laras bahasa akademik dan sebagainya.

    Kesimpulannya, laras bahasa ini sangat penting kerana ia merupakan ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan. Serentak itu juga, bahasa yang digunakan untuk sesuatu konteks adalah berlainan, misalnya, bahasa yang digunakan dalam ulasan sukan dengan bahasa minit mesyuarat adalah berbeza, bahasa yang digunakan dalam bidang masakan tidak sama dengan bahasa yang digunakan dalam bidang pemotoran. Jelasla di sini bahasa laras bahasa itu sangat penting dalam tulisan mahupun dalam penterjemahan.

Sekian







0 comments:

Post a Comment


Ultra Man
d -->