About Me

My photo
We are student of National University Of Malaysia. This blog is for our assignment project which is "Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1"

Terjemahan Puisi Arab (Usah kau sangkal)






Usah kau sangkal

Kau kasihkan daku, sayangku,
Kau kasihkan daku, usah kau sangkal,
Jangan dakwa bagimu,
Cinta tak melintas fikiran,
Atau qalbumu ketandusan,
Cinta penyalir pecinta,
Lahirkan cinta, jangan malu,
Kerana ia bukan mungkar,
Tidak aib, malah,
Rasa hati suci,
Tidakkah Azizah isytiharkan,
Cintanya pada Qusyair?
Tidakkah Busainah,
Menjelas yang tersembunyi pada Jamil?
Usah kau sembunyi cinta, memang ketara,
Mata kita tidak melindung,
Lahirkan cinta, kerana,
Berapapun kau pendam,

Keharumannya kan semerbak.


Moga bermanfaat ...

0 comments:

Post a Comment


Ultra Man
d -->