About Me

My photo
We are student of National University Of Malaysia. This blog is for our assignment project which is "Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1"

TOKOH PENTERJEMAH ISLAM

HUNAYN BIN ISHAK

Kolaborasi antara Muslim dan non-Muslim dalam memajukan sains dan teknologi pada era ‘Abbasiyah telah dikenal pasti berlaku sejak peringkat awal lagi, iaitu peringkat pemindahan ilmu dari tamadun lain ke dalam tamadun Islam. Peranan Muslim amat tidak dinafikan lagi, tetapi peranan non-Muslim turut perlu diakui hakikat kebenarannya. Mendahului sumbangan dan ketokohan sarjana non-Muslim tersebut ialah satu nama besar, iaitu Hunayn bin Ishaq. Beliau merupakan seorang tokoh yang mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam dunia penterjemahan dan perubatan di barat mahupun di timur. Beliau telah banyak berjasa menterjemahkan karya-karya asli dari tokoh-tokoh zaman Yunani seperti Plato, Galen, Descorides, Hippocrates, Aristotle, Euclid dan ramai lagi. Hunayn telah dilantik oleh khalifah al-Makmun sebagai pengarah pertama Bayt al-Hikmah, iaitu institusi penting yang menjalankan penterjemahan, penyelidikan dan inovasi daripada pelbagai cabang keilmuan pada zaman tersebut. Selain itu, beliau turut menyumbangkan jasa yang besar dalam bidang perubatan. Berlatar belakangkan daripada keluarga ahli perubatan kimia terkenal di Hirah, Hunayn terus meminati bidang ini dengan menuntut ilmu perubatan dari tokoh-tokoh perubatan terkenal di Baghdad. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan mata dan memperkenalkan ilmu perubatan Oftamologi. Beliau akhirnya dilantik sebagai doktor peribadi yang berkhidmat kepada khalifah al-Mutawakkil. Akhirnya, sehingga kini kita dapat menyaksikan begitu banyak karya yang telah dihasilkan oleh Hunayn bin Ishaq walaupun sebahagian daripadanya telah hilang.
Beliau sangat berminat dalam bidang penterjemahan terutama melibatkan karyakarya manuskrip sains dan perubatan Yunani. Hal ini ditambah dengan kebolehan dan keistimewaan Hunayn yang dapat menguasai empat bahasa iaitu Arab, Syria, Yunani dan Parsi dengan amat baik. Oleh yang demikian, beliau banyak menghasilkan pelbagai karya dan buku-buku yang bermutu serta digunakan sehingga sekarang. Menurut Abdul Nasser Kaadan (t.th.:21-29), Hunayn telah menterjemah lebih 112 buah karya dari tamadun Yunani disamping 30 buah karya asli yang telah dihasilkannya sendiri. Beberapa orang pengkaji berbeza pendapat dalam menyatakan tahun beliau meninggal dunia. Menurut Ibn al-Nadim, beliau meninggal dunia pada tahun 873M, manakala menurut Ibn Abi Usaybi’ah pula ialah pada tahun 877M (Roziah; Siti Nooranizah, 2009; 176).


Sumber : http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/41644/1/Hunayn%20Bin%20Ishaq%20-%20Tokoh%20Non%20Muslim%20Era%20Kegemilangan%20Zaman%20Abbasiyah.pdf




0 comments:

Post a Comment


Ultra Man
d -->