puisi , syair dan lain-lain yang telah kami nyatakan diatas tadi, kesemuanya itu mempunyai 3 bahagian : 1)wazan. perkataan dan ayat mesti mempunyai kaitan antara supaya orang mendengarnya dapat memahami dengan baik. 2) qofiyah. setiap baris ataupun rangkap mempunyai rima akhir yang berbeza atau pun sama. contoh : aaaa , bbbb , abab. 3)makna. setiap apa yang disampaikan mempunyai makna yang tersendiri. contoh : pantun 4 rangkap yang terdiri daripada 2 rangkap pembayang dan 2 rangkap maksud.
walaubagaimanapun, ketika kita menyampaikan puisi , sajak dan lain-lain, hendaklah kita menggunakan perkataan yang sesuai agar makna yang cuba disampaikan dapat diterima dengan baik oleh pendengar. ini kerana makna bahasa yang dahulu berkemungkinan tidak lagi digunakan tetapi disesuaikan dengan bahasa pada zaman sekarang. contoh : kereta sombong yang tidak lagi digunakan akan tetapi digantikan dengan perkataan lain iaitu kereta api. selain itu, setiap perkataan juga berkemungkinan akan membawa makna yang berbeza dan perlu disesuaikan dengan situasi yang kita cuba sampaikan kepada para pendengar. contoh : khalwat, perkataan ini memberi maksud "dekat dengan Allah "akan tetapi pada zaman sekarang telah berubah makna kepada duduk "serumah antara lelaki dan perempuan". kedua dua makna ini masih lagi diterima pakai pada zaman ini tetapi perlu disesuaikan dengan situasi dan makna yang tepat.
semoga bermanfaat..
![](https://guest.mylivesignature.com/100/DD770A5925D85CACAB2537DCE6094B482.gif)
0 comments:
Post a Comment