Setiap pekerja memainkan peranan
yang penting dalam melahirkan kualiti setiap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
mereka. Begitulah juga dengan penterjemah. Seorang penterjemah yang baik
biasanya dinilai daripada 4 aspek.
1.
RESPONSIF.
Penterjemah yang
responsif bermaksud seorang yang cekap
dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Cabaran bagi seseorang pentejemah
adalah sangat besar. Situasi seperti penambahan
atau pertukaran teks terjemahan secara tiba tiba dan kesempitan waktu untuk
proses terjemahan sangat memberi tekanan dan boleh menyebabkan teks terjemahan
yang dihasilkan kurang berkualiti. Namun
begitu, penterjemah yang baik akan sentiasa cuba untuk mengawal tekanan dan
menyesuaikan diri dengan situasi tersebut dengan mengekalkan fokus untuk
mencapai matlamat penterjemahan iaitu menyampaikan perasaan penulis kepada
pembaca sasaran..
2.
PANTAS.
Pantas dalam
melakukan tugas tidaklah bermakna seseorang peterjemah boleh menrterjemah teks
dalam waktu yang sangat singkat melainkan beliau dapat menyempurnakan tugasan
tersebut dengan waktu yang realistik dan munasabah.
Waktu yang
diperuntukkan untuk proses penterjemahan diisi dengan sebaiknya untuk
meningkatkan kualiti terjemahan demi menyampaikan perasaan penulis asal kepada
pembaca sasaran dalam bentuk yang sewajarnya samada fakta, komedi ataupun
fiksyen.
3.
DISIPLIN.
Penterjemah
yang berdisiplin adalah penterjemah yang menepati masa, atau kata lainnya “deadline”. Sekiranya penterjemah gagal memberikan teks
terjemahan dalam masa yang ditetapkan, pelbagai pihak akan menerima implikasi daripada
perbuatan tersebut. Penerjemah yang baik akan memberikan perkhidmatan yang baik
dengan menghormati pra syarat yang dikemukakan kerana mereka memahami akan akibatnya
sekiranya tidak diksanakan. Seandainya penterjemah tersebut yakin akan
ketidakmampuannya dalam menghasilkan terjemahan yang berkualiti dalam tempoh
waktu yang diberikan , mereka akan terlebih dahulu berunding dengan pihak
atasan untuk mengatasi masalah tersebut daripada menghantar teks lambat dan
menusahkan orang lain.
4.
RENDAH
DIRI.
Pepatah Melayu
ada mengatakan, “jadilah seperti padi, semakin berisi semakin menunduk.”
Nasihat ini adalah sangat wajar ditujukan kepada setiap individu khususnya
dalam melahirkan pekerja yag berperibadi mulia. Tidaklah memunduk menjadikan
seseorang itu semakin hina bahkan mulia di pandangan manusia. Penterjemah yang
merendah diri berpotensi untuk melangkah
lebih jauh dalam bidang yang diceburinya berbanding penterjemah yang angkuh
akan kebolehannya. Penteremah yang
merendah diri kebiasaanya akan sentiasa cuba untuk mencari kesalahan dan memperbaikinya serta tidak pernah jemu untuk
menadah telinga mncari ilmu walaupun daripada mereka yang lebih rendah
tarafnya. Sikap inilah yang akhirnya akan menghasilkan sebuah teks terjemahan
yang berkualiti.
Rujukan : https://vling.ca/en/qualities-good-translator/
0 comments:
Post a Comment