KELAYAKAN PENTERJEMAH
Apakah yang dimaksudkan dengan kelayakan penterjemah? . Seperti yang diterangkan oleh Dr. Maheram, kelayakan penterjemah ialah seseorang yang memenuhi syarat utama seperti mengetahui bahasa sumber,perinciannya kita mestilah mengetahui bahasa sumber itu secara mendalam, mengetahui bahasa sasaran, bahasa sasaran ini merupakan bahasa penerima dan lebih baik daripada bahasa sumber, mengetahui topik atau subjek yang hendak diterjemahkan, hal ini boleh menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan dan ianya juga penting dalam penterjemahan teks-teks khusus dan sastera, mengetahui teori terjemahan, apabila kita mengetahui teori terjemahan ini,kita bukan setakat boleh pindahkan perkataan sahaja malah kita juga dapat memindahkan idea, maklumat, dan gaya, akhirnya mengetahui sasaran atau khalayak pembaca, terjemahan perlu sesuai dengan pembaca sasaran, contohnya, kalau sasarannya ialah kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan kanak-kanak tersebut.
Selain itu, syarat tambahan juga perlu untuk memastikan seseorang itu berkelayakan untuk menterjemah ataupun tidak. Antara syarat tambahan ialah mempunyai fikiran yang terbuka, hal ini menunjukkan bahawa seseorang itu perlu melapangkan fikiran supaya lagi senang untuk menterjemahkan sesuatu. Kedua, ingatan yang kuat, seterusnya mestilah mempunyai minat yang mendalam dalam menterjemah ini. Apabila seseorang itu tidak minat, ianya boleh mengganggu proses penterjemahan itu. Seterusnya ialah boleh bekerja sendiri, tidak malu bertanya serta jujur dan amanah. Jujur dan amanah ini merupakan satu sifat yang dituntut dalam Islam.
Justeru itu, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penterjemah ialah pengaruh sifat peribadi penterjemah ke atas dirinya sendiri. Penterjemah juga akan terbelengu oleh pandangan yang subjektif terhadap pengarang dan teks yang sedang diterjemahkan. Antara masalah peribadi yang sering berlaku ialah tidak objektif terhadap maklumat dalam teks asal,tidak memahami ciri-ciri alamiah bahasa, anggapan yang salah berkenaan tugas-tugas penterjemah dan matlamat terjemahan, terlalu yakin kepada bahasa sendiri dan tidak memahami proses komunikasi bahasa. Kesemua masalah peribadi ini memberi kesan kepada penterjemah untuk melengkapkan terjemahannya.
Tuntasnya, tugas menterjemah ini bukanlah tugas yang senang dan mudah, malahan penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik.
Wallhu'alam...
0 comments:
Post a Comment