KULIAH PERTAMA
(SELASA,14 FEBRUARI 2017)
Pada kuliah yang pertama, Dr Maheram telah menerangkan
kepada kami tentang proforma kursus Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1.
Beliau mendedahkan kepada kami bahawa kursus
ini mendedahkan pelajar kepada pelbagai aspek terjemahan, merangkumi teori terjemahan,
prinsip dan teknik terjemahan, masalah-masalah terjemahan seperti mencari
padanan, masalah linguistik, semantik, sintaksis, dan masalah budaya.
Beliau juga menerangkan bahawa kursus ini juga bakal mendedahkan kami kepada cara menggunakan kamus, di samping bakal melatih kami menterjemah teks Arab (klasik dan
moden) ke bahasa Melayu dan teks Melayu ke bahasa Arab.
Selain itu, Dr Maheram juga menerangkan kepada
kami tentang objektif kursus ini. Antaranya ialah :
i.
Membezakan antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab dari segi nahu dan
morfologi.
ii.
Mampu mengenal pasti ciri-ciri terjemahan dan penterjemahan, di samping
mengetahui teori terjemahan yang dikemukakan oleh pakar-pakar terjemahan.
iii.
Mampu mengenal pasti masalah penterjemahan dan menyelesaikannya, seperti
masalah menterjemahkan kata kerja, kata nama, frasa, peribahasa, ayat dan
sebagainya.
iv.
Mampu menterjemahkan teks yang mudah ke bahawa Arab dan ke bahasa Melayu.
Kami
berharap agar kami dapat mencapai semua objektif yang telah Dr Maheram terangkan
kepada kami di dalam kuliah pertama ini dengan berkat dari tunjuk ajar beliau. 😊 😊 😊
0 comments:
Post a Comment