About Me

My photo
We are student of National University Of Malaysia. This blog is for our assignment project which is "Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1"

Contoh Terjemahan Karangan Arab Yang Bertajuk ' Keluarga Saya ' 😊



Contoh Terjemahan Karangan Arab   Yang Bertajuk ' Keluarga Saya ' 😊





Contoh Ayat Sumber yang diterjemahkan kepada Bahasa Sasaran mengikut Struktur Ayat Sasaran 😊


Assalamualaikum,
Selepas selesai menterjemah dan melakukan proses pemindahan teks, penterjemah perlu menyusun semula perkataan dan ayat dengan gaya bahasa yang sesuai mengikut bahasa sasaran. Struktur ayat itu mestilah mudah dan dapat difahami oleh pembaca. Sebagai contoh:

AYAT SUMBER :

أكل محمد الأرز

AYAT SASARAN :
Telah makan Muhammad akan nasi.

AYAT SASARAN YANG TELAH DISTRUKTUR SEMULA :

Muhammad telah makan nasi





Kuliah Keempat 😊




BISMILLLAHIRRAHMAANIRRAHIIM..

Kuliah ke 4

Secara amnya, penterjemahan terbahagi kepada dua iaitu terjemahan lisan dan juga terjemahan tulisan.
Terjemahan lisan adalah apabila seseorang itu menterjemahkan sesuatu teks / ucapan secara spontan menggunakan lisan..
Terjemahan tulisan pula apabila seseorang itu menterjemahkan teks melalui tulisan.

Ciri - ciri penterjemahan lisan. (Interpreter)
- Tidak boleh berhenti.
   * Penterjemah tidak boleh berhenti bercakap walaupun setelah menyedari terjemahannya mengandungi kesilapan. Perkara ini adalah penting bagi mengelakkan penterjemah tertinggal isi isi penting teks/ucapan yang lain.
   * Penterjemahan yang dilakukan mestilah spontan.
- Cepat dan pantas
   * Penterjemah mestilah sentiasa fokus terhadap apa yang disampaikan , cepat dan pantas dalam menterjemahkan  teks.
- Berbakat
   * Bakat yang perlu ada pada setiap penterjemah lisan adalah beliau mestilah seorang yang fasih bercakap , lancar dalam penghuraian  dan tidak gagap.
   * Penterjemah juga mestilah seorang yang brkeyakinan tinggi dan tidak mudah menggelabah apabila berhadapan dengan situasi yang tidak diingini.
   * Penterjemah juga mestilah melalui banyak fasa untuk membina keyakinan melalui pengalaman.
- Berpengetahuan luas.
   * Pengetahuan yang luas dalam setiap aspek akan memberi kelebihan kepada penterjemah untuk mentafsirkan apa sahaja secara kasar agar difahami pendengar.


Ciri - ciri penterjemahan tulisan.
- Uslub bahasa yang tinggi.
   * Penterjemah tulisan mestilah mempunyai kemahiran berbahasa yang tinggi , kosa kata yang luas dan mahir dalam penggunaaan istilah kedua dua bahasa bagi menarik minat pembaca tentang setiap artikel/ teks yang ditulis.
   * Sekiranya penterjemahan yang dilakukannya mengandungi unsur - unsur kesalahan dan kecacatan, perterjemah mempunyai masa untuk membaiki kesalahannya selagi teks tersebut masih di dalam proses penterjemahan.
- Bakat
  * Penterjemah mestilah bijak menginterpretasikan terjemahan kepada peringkat bahasa yang sepatutnya. Contohnya penterjemah yang menterjemahan buku kanak-kanak mestilah bijak dalam penggunaan  bahasa yang mudah sesuai dengan peringkat bahasa kanak-kanak tersebut.
   * Penterjemah tidak disyaratkan untuk fasih berbicara, malahan orang yang bisu dan cacat anggota badan pun boleh menjadi seorang perterjemah tulisan.


PERNTERJEMAHAN DARI KACA MATA PROFESSIONAL.

1. Robert Lado.

Beliau  mengelaskan penterjemahan kepada 2 bahagian. Faktual dan Sastera.

Faktual : Fakta
             ( bahan - bahan berbentuk ilmiah)
             - mestilah padat , ringkas dan jelas.
Sastera : Kesusasteraan.
              Terbahagi kepada 2 : Sastera kreatif dan sastera tidak kreatif
              (Kreatif : cerpen , novel , syair  Tidak kreatif : Penulisan kritikan sastera)
             - mestilah mempunyai nilai kesenian dan kesusasteraan
             - Penterjemahan mestilah pandai mengolah bahasa agar perasaan penulis asal dapat               dipindahkan kepada pembaca.

2. Roman Jacobson

Beliau mengelaskan penterjemahan kepada 3 bahagian.

Intralingual : Dialek ke dialek , dialek ke bahasa baku, bahasa kasar ke bahasa halus
Interlingual : bahasa ke bahasa
Intersemotik : simbol ke bahasa.

Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini. XD

Semoga bermanfaat ..




KULIAH KETIGA 😊




KULIAH KETIGA : 21/2/2017

pada kuliah kali ini , dr maheram menjelaskan kepada kami apakah maksud terjemah. terjemah bermaksud satu proses pemindahan maklumat , teks , makna , struktur struktur leksibel , risalah dan sebagainya daripada bahasa sumber ke padanan sejadi atau pun hampir sejadi. ini memberi gambaran bahawa setiap apa yang terjemah merupakan proses pemindahan dimana ianya melibatkan sama ade teks ,makna mahupun risalah. walaubagaimana pun terjemah juga terdiri daripada artikel , buku , tulisan lama dan sebagainya. ianya tidak mengkhususkan kepada satu sumber sahaja. makna yang telah diterjemahkan mempunyai maksud dan makna sama ada hampir sama mahupun sama.

apabila terjemah akan melibatkan 2 proses iaitu bahasa sumber dan bidang. bahasa sumber bermaksud bahasa asal yang menjadi panduan kepada kita untuk terjemah. jadinya kita perlu mengetahui bahasa sumber dengan baik sebelum memulakan sesuatu terjemahan. manakala bidang bermaksud sesuatu terjemahan yang kita tulis mestilah mencakupi dengan bidang apa yang kita ingin dan bidang tersebut mestilah tidak lari makna daripada apa yang kita tulis supaya tidak akan berlaku percanggahan makna ataupun membawa makna yang kurang tepat.

kedua dua ini haruslah dilaraskan. laras maksudnya terjemahan kita mestilah  sesuai dengan tahap dan orang yang membaca. sebagai contoh, terjemahan kepada orang awam, kita mesti menggunakan ayat dan struktur bahasa yang mudah untuk orang lain baca supaya akan memudahkan mereka faham. sekiranya terjemahan kepada kanak kanak ataupun remaja, bahasa yang digunakan harus sesuai dengan peringkat umur dan usia dan tidak menimbulkan kecelaruan yang akhirnya membawa kepada tidak minat untuk membacanya.

laras terbahagi kepada 2 iaitu ilmiah dan sastera. ilmiah bermaksud terjemahan tersebut lebih kepada perkara berkaitan yang boleh dimanfaatkan orang lain dan penggunaan bahasanya haruslah menepati tahap pembaca, manakala sastera bermaksud satu terjemahan yang memerlukan kepada penambaikkan dan kriktik daripada pembaca untuk meningkatkan penulisan kita.

sekian...



Contoh Terjemahan Arab Melayu 😊



الجوهرة الثمينة
بلغ رجل سن الشيخوخة، وكان ذا ثروة طائلة وله ثلاثة بنين. فلما أحسّ بدنوّ الأجل، قسّم أمواله بين بنيه بالتساوي، واحتفظ بجوهرة ثمينة كانت عنده، وقال لهم:"تكون هذه الجوهرة من نصيب من قام منكم بعمل من أعمال البطولة أو الأعمال الجليلة يميّزه عن أخويه".
 فقال أكبر الأبناء:"لقد قمت بعمل جليل يدل على النبل والمروءة ،وإني أستحق منك هذه المكافأة يا أبتِ".فقال له أبوه:" وما هو؟" قال:استوعدني رجل مالاً وكان مبلغا عظيما، دون أن يأخذ عليَّ وثيقة به، ودون أن يعلم أحد بالأمر. وقد سلّمته هذا المال حالما طلبه، ولم آخذ على ذلك مكافأة ما. أفلا يعدّ عملي هذا عظيما؟" فقال الأب: هو حسن، وهو ما يوجبه عليك الدين والصدق في التعامل، ولكنّه ليس من الأعمال الفريدة التي تفوق سواها".
وقال الابن الثاني :"أما أنا، فإنّ العمل الذي سأذكره والذي عملته منذ بضعة أسابيع، لمما يؤهلني لمكافأتك.كنت ذات يوم مطير أسير على شاطيء البحيرة القريبة من هنا، وإذا بطفل صغير قد سقط فيها وكاد يغرق. وخاطرت بحياتي وأنقذته من الغرق وسلمته إلى أمّه. أفليس هذا عملا شريفا أستحق لأجله كلّ  مكافاة؟" فقال الأب:" إنّه عمل شريف، ولكنّه شفقة طبيعيّة على كلّ إنسان.
          وقال الثالث، وهو أصغر الأبناء:"أما أنا فالذي أذكره من أعمالي أنّي كنت يوما في إحدى البراي، وقد خرجت للصيد فرأيت أحد أعدائي نائما على صخرة على حافّة هوّة هائلة، وهو في حالته تلك لو تحرك أقل حركة لسقط وتحطم. فدنوت منه خفيفا خفيفا وأيقظته بكيفيّة نجته من الهلاك.
فلما سمع الأب هذا الكلام تهلل وجهه سرورا، وقال:" نعم، هذا هو أجلّ الأعمال.  نعم هذه هي البطولة بعينها، أن تنقذ حياة عدوّك وأنت قادر عل إهلاكه". قال هذا وأعطاه الجوهرة الثمينة.



BATU PERMATA YANG SANGAT MAHAL

Seorang lelaki telah sampai ke usia yang sudah tua. Beliau mempunyai harta kekayaan yang sangat banyak. Di samping itu, beliau mempunyai tiga anak lelaki. Apabila lelaki tua ini merasakan dirinya hampir kepada detik kematian, beliau telah pun membahagikan hartanya kepada anaknya dengan sama rata. Setelah kesemua hartanya telah dibahagikan, ada satu yang dia simpan iaitu batu permata yang sangat mahal. Beliau berkata kepada anak-anaknya, “Batu permata ini ak uakan beri kepada salah seorang daripada kamu yang melakukan amalan yang mulia dan agong dan membezakan dengan orang lain”.
Maka anaknya yang sulong menceritakan amalan mulianya iaitu “Wahai ayahku, sesungguhnya aku telah satu amalan yang baik ke atas seorang lelaki yang cerdik, sesungguhnya aku berhak ke atas ganjaran itu wahai ayahku” maka, ayahnya berkata “apa dia?” anak sulungnya berkata “seseorang lelaki telah meninggalkan aku sejumlah wang yang sangat banyak, tanpa ada perjanjian dokumen, tanpa diketahui oleh sesiapapun. Setelah itu, saya telah serah kembali wang itu apabila lelaki itu dating menuntutnya tanpa saya mengambil sedikit pun dari wang itu. Adakah amalan saya ini merupakan amalan yang paling agung?” Maka berkatala ayahnya : kamu seorang yang baik, tetapi apa yang kamu lekukan itu memang dituntut oleh agama untuk berlaku jujur dengan orang lain. Akan tetapi, amalan ini bukanlah daripada amalan yang baik yang boleh membezakan dengan orang lain.”
Kemudian, anak keduanya pula berkata : “adapun saya, sesungguhnya amalan yang saya sebutkan ini sejak beberapa minggu yang lalu, dengan amalan ini dapat melayakkan saya untuk mendapat ganjaran itu. Pada suatu hari dalam keadaan cuaca hujan, saya berjalan di sebuah tasik yang berhampiran dari sini. Tiba-tiba ada seorang budak kecil yang terjatuh dan hamper lemas, dan saya telah membahayakan hidup saya dengan menyelamatkan budak itu daripada lemas dan kembalikan kepada ibunya. Adakah ini amalan yang mulia dan berhak kepadaku untuk mendapatkan semua ganjaran itu?” Berkata ayahnya : “sesungguhnya ini amalan yang mulia akan tetapi sifat belas kasihan itu terdapat pada semua manusia”.
Seterusnya anak ketiga beliau merupakan anak bongsunya berkata : adapun saya akan menyebutkannya daripada amalanku, sesungguhnya pada suatu hari di padang pasir, saya keluar untuk berburu, setelah itu saya melihat musuhku sedang tidur di atas batu di pinggir jurang yang besar. Keadaanya ketika itu, kalau dia bergerak sedikit sahaja, maka dia akan jatuh. Maka dengan itu, aku menghampirinya dan mengejutkannya dengan perlahan supaya tidak mendatangkan bahaya padanya daripada kebinasaan itu.

Apabila ayahnya mendengar cerita ini, wajah ayahnya begitu gembira, dan berkata ayahnya : “betul, inilah amalan yang paling mulia dan ini juga juara di matanya, untuk menyelamatkan musuh kamu dan kamu mampu untuk menyelamatkan kebinasaannya.” Ayahnya berkata, batu permata yang mahal ini aku bagikan kepada kamu.



Kuliyah Kedua 😊


KELAYAKAN PENTERJEMAH 


Apakah yang dimaksudkan dengan kelayakan penterjemah? . Seperti yang diterangkan oleh Dr. Maheram, kelayakan penterjemah ialah seseorang yang memenuhi syarat utama seperti mengetahui bahasa sumber,perinciannya kita mestilah mengetahui bahasa sumber itu secara mendalam, mengetahui bahasa sasaran, bahasa sasaran ini merupakan bahasa penerima dan lebih baik daripada bahasa sumber, mengetahui topik atau subjek yang hendak diterjemahkan, hal ini boleh menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan dan ianya juga penting dalam penterjemahan teks-teks khusus dan sastera, mengetahui teori terjemahan, apabila kita mengetahui teori terjemahan ini,kita bukan setakat boleh pindahkan perkataan sahaja malah kita juga dapat memindahkan idea, maklumat, dan gaya, akhirnya mengetahui sasaran atau khalayak pembaca, terjemahan perlu sesuai dengan pembaca sasaran, contohnya, kalau sasarannya ialah kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan kanak-kanak tersebut. 

Selain itu, syarat tambahan juga perlu untuk memastikan seseorang itu berkelayakan untuk menterjemah ataupun tidak. Antara syarat tambahan ialah mempunyai fikiran yang terbuka, hal ini menunjukkan bahawa seseorang itu perlu melapangkan fikiran supaya lagi senang untuk menterjemahkan sesuatu. Kedua, ingatan yang kuat, seterusnya mestilah mempunyai minat yang mendalam dalam menterjemah ini. Apabila seseorang itu tidak minat, ianya boleh mengganggu proses penterjemahan itu. Seterusnya ialah boleh bekerja sendiri, tidak malu bertanya serta jujur dan amanah. Jujur dan amanah ini merupakan satu sifat yang dituntut dalam Islam.

Justeru itu, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penterjemah ialah pengaruh sifat peribadi penterjemah ke atas dirinya sendiri. Penterjemah juga akan terbelengu oleh pandangan yang subjektif terhadap pengarang dan teks yang sedang diterjemahkan. Antara masalah peribadi yang sering berlaku ialah tidak objektif terhadap maklumat dalam teks asal,tidak memahami ciri-ciri alamiah bahasa, anggapan yang salah berkenaan tugas-tugas penterjemah dan matlamat terjemahan, terlalu yakin kepada bahasa sendiri dan tidak memahami proses komunikasi bahasa. Kesemua masalah peribadi ini memberi kesan kepada penterjemah untuk melengkapkan terjemahannya.

Tuntasnya, tugas menterjemah ini bukanlah tugas yang senang dan mudah, malahan penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik.

Wallhu'alam...




Kuliah Pertama 😊

KULIAH PERTAMA
(SELASA,14 FEBRUARI 2017)

Pada kuliah yang pertama, Dr Maheram telah menerangkan kepada kami tentang proforma kursus Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1.

Beliau mendedahkan kepada kami bahawa kursus ini mendedahkan pelajar kepada pelbagai aspek terjemahan, merangkumi teori terjemahan, prinsip dan teknik terjemahan, masalah-masalah terjemahan seperti mencari padanan, masalah linguistik, semantik, sintaksis, dan masalah budaya.

Beliau juga menerangkan bahawa kursus ini juga bakal mendedahkan kami kepada cara menggunakan kamus, di samping bakal melatih  kami menterjemah teks Arab (klasik dan moden) ke bahasa Melayu dan teks Melayu ke bahasa Arab.

Selain itu, Dr Maheram juga menerangkan kepada kami tentang objektif kursus ini. Antaranya ialah :

i. Membezakan antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab dari segi nahu dan morfologi.
ii. Mampu mengenal pasti ciri-ciri terjemahan dan penterjemahan, di samping mengetahui teori terjemahan yang dikemukakan oleh pakar-pakar terjemahan.
iii. Mampu mengenal pasti masalah penterjemahan dan menyelesaikannya, seperti masalah menterjemahkan kata kerja, kata nama, frasa, peribahasa, ayat dan sebagainya.
iv. Mampu menterjemahkan teks yang mudah ke bahawa Arab dan ke bahasa Melayu.

Kami berharap agar kami dapat mencapai semua objektif yang telah Dr Maheram terangkan kepada kami di dalam kuliah pertama ini dengan berkat dari tunjuk ajar beliau. 😊 😊 😊



Najla Farahanim's Profile 😊





ABOUT ME 😊


Nama : Najla Farahanim Binti Zamri
Tarikh Lahir : 23 September 1997
Tempat Lahir : Hospital Besar Manchang, Kelantan
Asal : Kelantan
Warna Kegemaran : Biru Dan Hijau
Hobi : Membaca
Sifat : Degil Dan Keras Kepala

Nurul Syazwani's Profile 😊



Assalamualaikum!!!!! 😊


ABOUT ME 😊


       ·            Nama : Nurul Syazwani Binti Mohd Zainurin
       ·            Umur : 20 Tahun
       ·            Tarikh Lahir : 7 Disember 1997
       ·            Tempat Lahir : Klinik Pakar Wanita Razif Dan       Norana,Klang
       ·            Asal : Shah Alam, Selangor
       ·            Warganegara : Malaysia
       ·            Warna Kegemaran : Merah Jambu, Merah, Ungu, Oren
       ·            Makanan Kegemaran : Semua jenis masakan ibu
       ·            Minuman Kegemaran : Jus Buah-Buahan
       ·            Belajar : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
       ·            Bidang : Pengajian Arab dan Tamadun Islam
       ·            Hobi : Mendengar Lagu Dan Melayari Internet
       ·            Sifat Peribadi : Ceria
       ·            Cita-cita : Guru
       ·            Harapan : Saya berharap supaya saya dapat memenuhi impian ibubapa saya dan berjaya mencapai cita-cita saya


ABOUT MY FAMILY

       ·            Nama Bapa : Mohd Zainurin Bin Parman
       ·            Umur : 51 Tahun
       ·            Asal : Sungai Tengi, Selangor
       ·            Nama Ibu : Habibah Binti Rasol
       ·            Umur : 48 Tahun
       ·            Asal : Petaling Jaya, Selangor
       ·            Bilangan Adik Beradik : 4 orang termasuk saya
       ·            Nama-namanya : 1. Muhammad Shamsul Shafiq  2.Nurul Shafiqah 3. Nurul Syazwani 4. Muhammad Haziq 



MY EDUCATION


       ·            2002 : Tadika Pasti, Kota Kemuning, Selangor
       ·            2003 : Tadika Kemas, Shah Alam, Selangor
       ·            2004-2008 : Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (2), Shah Alam, Selangor
       ·            2009-2015 : SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38, Sabak Bernam, Selangor
       ·            2016 : (Januari-Ogos) Bekerja sebagai guru di Tadika Pasti Seksyen 19, Shah Alam, Selangor
       ·            2016-2019 : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor



                    



Muhammad Rabbani's Profile 😊




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Orang dahulu kala ada menyebut "tidak kenal, maka tidak cinta". Maka dapat kita perhatikan bahawa daripada ungkapan tersebut bahawa menunjukkan betapa pentingnya untuk kita mengenal serba sedikit biodata seseorang sebelum kita mengambil ataupun mendapatkan input input yang penting untuk dimanfaatkan di masa akan datang dan memperbaiki diri ke arah lebih bermotivasi dan kekal semangat menghadapi kehidupan yang lebih mencabar. Oleh yang demikian, izinkan saya untuk memperkenalkan diri.

Nama : Muhammad Rabbani Bin Mazlan
Umur : 20 Tahun
Asal : Melaka
Tempat Tinggal : Kampung Pernu, Melaka
Bil Adik Beradik : 13 Orang
Anak ke : 3
Hobi : Main Bola Sepak
Makanan Kegemaran : Nasi Goreng Ayam
Minuman Kegemaran : Air Milo
Cita Cita : Pensyarah
Moto Hidup : Utamakan Akhirat , Dunia Usah Ditinggalkan

BIODATA AYAH :

Nama Ayah : Mazlan Bin Zakariah
Tarikh Lahir : 29/3/1967
Umur : 50 Tahun
Pekerjaan : Pekerja Awam Rendah
Tempat Kerja : Syarikat Air Melaka Berhad(SAMB)

BIODATA IBU :

Nama Ibu :Aidah Binti Ali
Tarikh Lahir : 22/5/1972
Umur : 45 Tahun
Pekerjaan : Suri Rumah Sepenuh Masa


LATAR PENDIDIKAN SAYA :

Sekolah Rendah : Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu, Melaka (2004 - 2009) UPSR
Sekolah Menengah : 1) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka                                                              (2010 - 2014) PMR Dan SPM
                                       2) Sekolah Menengah Arab Jaim Al Asyraf, Pulau Sebang, Melaka (2015) STAM
Universiti : Universiti Kebangsaan Malaysia
Bidang : Pengajian Arab Dan Tamadun Islam
Tahun : Tahun 1 Sem 2(16/19)



Semoga perkenalan kita menambahkan lagi ukhuwah yang telah terbina




                                

Nabilah's Profile 😊






ABOUT ME
"Kehidupan is about pengorbanan"

       ·            Nama : Nabilah binti Md Akin
       ·            Umur : 20 Tahun
       ·            Tarikh Lahir : 24 April 1997
       ·            Tempat Lahir : Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
       ·            Asal : Pekan,Pahang
       ·            Tempat Tinggal : No,367 Felda Chini Timur 01, Pekan Pahang
       ·            Anak ke- : 6 dari 7
       ·            Warganegara : Malaysia
       ·            Warna Kegemaran : Grey, Merah
       ·            Makanan Kegemaran : Semua jenis masakan ibu, nasi putiih dan ayam masak merah, sayur-sayuran 
       ·            Minuman Kegemaran : Carrot susu
       ·            Belajar : UKM, Bangi
       ·            Bidang : Pengajian Arab dan Tamadun Islam
       ·            Hobi : Membaca, Movie 
       ·            Sifat Peribadi : Softspoken, 
       ·            Cita-cita : Guru Matematik, Pensyarah
       ·            Motto Hidup : "Setiap kesenangan yang diingini, perlukan kepada pengorbanan"
     


ABOUT MY FAMILY

       ·            Nama Bapa : Md Akin bin Omar
       ·            Umur : 65 Tahun
       ·            Asal : Pekan,Pahang
       ·            Nama Ibu : Rosnah binti Hasan
       ·            Umur : 54 Tahun
       ·            Asal : Pekan,Pahang
       ·            Bilangan Adik Beradik : 7 orang
     

MY EDUCATION

       ·            2001 : Tadika Kemas, Felda Chini Timur 1
       ·            2002 : Pra Sekolah, SKCT1
       ·            2003-2009 : Sekolah Rendah di SKCT1
       ·            2010-2014 : Sekolah Menengah Agama Al Attas, Pekan Pahang
       ·            2015 : STAM di Kuliyah Al Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang
       ·            2016 : (Jan-July) Bekerja sebagai guru di Tadika Tahfiz Ilham, Kuantan
       ·            2016-2019 : (16'AUG-19'JUN) UKM, Bangi



"Semoga perkenalan ini diredhai oleh Allah"

             
                 

Ultra Man
d -->