About Me

My photo
We are student of National University Of Malaysia. This blog is for our assignment project which is "Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1"

Hadis Tentang Bersahur

Ayat Al Quran Tentang Puasa



 Image result for terjemahan al quran tentang puasa
semoga dibulan ramadhan yang mulia ini kita dapat menambahkan amalan-amalan yang baik dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. moga-moga tahun ini ramadhan kita lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya..amin

KISAH PENDEK "BUAT TANPA BERFIKIR"



 يحكى  ان حطابا كان يسكن في كوخ صغير

Dikisahkan bahawa ada seorang pencari kayu yang tinggal di sebuah pondok kecil

وكان يعيش معه طفله وكلبه
Dan dia hidup bersama seorang anak kecil dan seekor anjing ,

وكان كل يوم و مع غروق الشمس , يذهب لجمع الحطب ولا يعود الا قبل غروب الشمس

Dan setiap hari ketika matahari muncul , pergilah dia mencari kayu dan dia tidak akan pulang kecuali
 sebelum matahari tenggelam ,

تاركا الطفل في رعاية الله مع الكلب ولقد كان يثق في ذلك الكلب ثقة كبيرة
Dia meninggalkan anaknya dalam penjagaan Allah bersama anjing itu dan dia mempercayai anjing tersebut dengan sepenuh hati.

ولقد كان الكلب وفيا لصاحبه ويحبه
Dan anjing tersebut juga  amat setia kepadanya dan sangat menyayangi tuannya.

وفي يوم من الأيام
Pada suatu hari,

وبينما كان الحطاب عائدا من عمل يوم شاق
ketika pencari kayu itu pulang daripada kerjanya yang memenatkan ,

سمع نباح الكلب من بعيد على غير عادته
dia mendengar salakan anijng dari kejauhan tidak seperti kebiasaan.

فأسرع في المشي الى ان اقترب من الكلب الذي كان ينبح بغرابة قرب الكوخ
Lalu dia segera berjalan menuju ke arah anjing tersebut yang sedang menyalak dengan aneh berhampiran pondoknya.

وكان فمه ووجهه ملطخا بالدماء
Dan pada  mulut dan muka anjing tersebut penuh berlumuran darah.

فعصق الحطاب
Maka terkejutlah pencari kayu itu.


وعلم ان الكلب قد خانه وأكل طفله
dan tahulah dia bahawa si anjing telah mengkhianatinya dan memakan anak kecilnya.

فانتزع  فأسه من ظهره
Lalu dia menarik kapaknya daripada belakangnya

وضرب الكلب ضربة بين عينيه
dan terus menetak  si anjing di atas kepalanya.

فخر بعده صريعا
Dan selepas itu, anjing tersebut jatuh tersungkur .

وبسرعة دخل الحطاب الى الكوخ ليرى بقايا طفله المأكول
Pencari kayu tersebut bergegas masuk ke dalam pondoknya untuk melihat sisa baki ananknya yang dimakan.

وبمجرد دخوله للكوخ تسمر في مكانه وجثا على ركبته
Sebaik sahaja kakinya melangkah ke dalam pondok, dia terpaku di tempatnya dan terduduk

وامتلاءت عيناه بالدموع
dan bergenanglah air mata dari kelopak matanya,

عندما رأى طفله يلعب على السرير
sebaik sahaja melihat anaknya sedang bermain di atas katil

وبالقرب منه حية هائلة الحجم مخضبة بالدماء
dan sisi anak kecil itu , terdapat seekor  ular besar yang bergelumang darah.

وقد لقيت حتفها بعد معركة مهولة
Dan ular itu pun sudah mati selepas satu pergelutan yang dasyhat.

فحزن الحطاب  اشد الحزن على كلبه الذي افتداه وطفله بحياته
Maka, si pencari kayu itu merasa amat sedih terhadap anjingnya yang telah mengorbankan dirinya demi menyelamatkan nyawa anaknya.
  

وحقا كان ينبح فرحا بأنه أنقذ طفله من الحية
Sebenarnya, si anjing menyalak kegembiraan bahawa ia berjaya menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa si ular.

لينتطر شكرا من صاحبه
Dan dia menunggu ucapan terima kasih daripada tuannya.

وما كان من الحطاب
Namun, tiada apa yang diberikan si pencari kayu itu

الا ان قتله بلا تكفير .....
Melainkan dia membunuh si anjing tanpa berfikir ……





Kata Kata Hikmah Arab



Andai seorang hamba dianugerahkan rezeki berupa dunia dan seisinya, lalu si hamba mengucapkan "Alhamdulillah", maka sesungguhnya ilham kurniaan Allah kepada hamba tersebut untuk mensyukuri nikmat dengan ucapan "Alhamdulillah" itu, adalah lebih baik dan lebih agung dari anugerah keduniaan tersebut, kerana sesungguhnya kenikmatan dunia akan fana, sedang pahala mensyukuri nikmat akan berkekalan..




Kuliah TAMA 16/5/2017

pada kuliah kali ini, dapat kami ketahui bahawa puisi , syair , sajak , seloka dan gurindam sebenarnya melibatkan unsur penterjemahan. setiap apa yang cuba disampaikan oleh mereka ini  mempunyai makna dan kemungkinan boleh juga dikaitkan dengan kehidupan seharian kita. akan tetapi tidak semua orang boleh untuk menyampaikan puisi , sajak dan lain-lain kerana ini memerlukan bakat supaya orang yang mendengar dapat menghayati serta memahaminya dengan baik.

puisi , syair dan lain-lain yang telah kami nyatakan diatas tadi, kesemuanya itu mempunyai 3 bahagian : 1)wazan. perkataan dan ayat mesti mempunyai kaitan antara supaya orang mendengarnya dapat memahami dengan baik. 2) qofiyah. setiap baris ataupun rangkap mempunyai rima akhir yang berbeza atau pun sama. contoh : aaaa , bbbb , abab. 3)makna. setiap apa yang disampaikan mempunyai makna yang tersendiri. contoh : pantun 4 rangkap yang terdiri daripada 2 rangkap pembayang dan 2 rangkap maksud.

walaubagaimanapun, ketika kita menyampaikan puisi , sajak dan lain-lain, hendaklah kita menggunakan perkataan yang sesuai agar makna yang cuba disampaikan dapat diterima dengan baik oleh pendengar. ini kerana makna bahasa yang dahulu berkemungkinan tidak lagi digunakan tetapi disesuaikan dengan bahasa pada zaman sekarang. contoh : kereta sombong yang tidak lagi digunakan akan tetapi digantikan dengan perkataan lain iaitu kereta api. selain itu, setiap perkataan juga berkemungkinan akan membawa makna yang berbeza dan perlu disesuaikan dengan situasi yang kita cuba sampaikan kepada para pendengar. contoh : khalwat, perkataan ini memberi maksud "dekat dengan Allah "akan tetapi pada zaman sekarang telah berubah makna kepada duduk "serumah antara lelaki dan perempuan". kedua dua makna ini masih lagi diterima pakai pada zaman ini tetapi perlu disesuaikan dengan situasi dan makna yang tepat.

semoga bermanfaat..





TOKOH PENTERJEMAH ISLAM

HUNAYN BIN ISHAK

Kolaborasi antara Muslim dan non-Muslim dalam memajukan sains dan teknologi pada era ‘Abbasiyah telah dikenal pasti berlaku sejak peringkat awal lagi, iaitu peringkat pemindahan ilmu dari tamadun lain ke dalam tamadun Islam. Peranan Muslim amat tidak dinafikan lagi, tetapi peranan non-Muslim turut perlu diakui hakikat kebenarannya. Mendahului sumbangan dan ketokohan sarjana non-Muslim tersebut ialah satu nama besar, iaitu Hunayn bin Ishaq. Beliau merupakan seorang tokoh yang mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam dunia penterjemahan dan perubatan di barat mahupun di timur. Beliau telah banyak berjasa menterjemahkan karya-karya asli dari tokoh-tokoh zaman Yunani seperti Plato, Galen, Descorides, Hippocrates, Aristotle, Euclid dan ramai lagi. Hunayn telah dilantik oleh khalifah al-Makmun sebagai pengarah pertama Bayt al-Hikmah, iaitu institusi penting yang menjalankan penterjemahan, penyelidikan dan inovasi daripada pelbagai cabang keilmuan pada zaman tersebut. Selain itu, beliau turut menyumbangkan jasa yang besar dalam bidang perubatan. Berlatar belakangkan daripada keluarga ahli perubatan kimia terkenal di Hirah, Hunayn terus meminati bidang ini dengan menuntut ilmu perubatan dari tokoh-tokoh perubatan terkenal di Baghdad. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan mata dan memperkenalkan ilmu perubatan Oftamologi. Beliau akhirnya dilantik sebagai doktor peribadi yang berkhidmat kepada khalifah al-Mutawakkil. Akhirnya, sehingga kini kita dapat menyaksikan begitu banyak karya yang telah dihasilkan oleh Hunayn bin Ishaq walaupun sebahagian daripadanya telah hilang.
Beliau sangat berminat dalam bidang penterjemahan terutama melibatkan karyakarya manuskrip sains dan perubatan Yunani. Hal ini ditambah dengan kebolehan dan keistimewaan Hunayn yang dapat menguasai empat bahasa iaitu Arab, Syria, Yunani dan Parsi dengan amat baik. Oleh yang demikian, beliau banyak menghasilkan pelbagai karya dan buku-buku yang bermutu serta digunakan sehingga sekarang. Menurut Abdul Nasser Kaadan (t.th.:21-29), Hunayn telah menterjemah lebih 112 buah karya dari tamadun Yunani disamping 30 buah karya asli yang telah dihasilkannya sendiri. Beberapa orang pengkaji berbeza pendapat dalam menyatakan tahun beliau meninggal dunia. Menurut Ibn al-Nadim, beliau meninggal dunia pada tahun 873M, manakala menurut Ibn Abi Usaybi’ah pula ialah pada tahun 877M (Roziah; Siti Nooranizah, 2009; 176).


Sumber : http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/41644/1/Hunayn%20Bin%20Ishaq%20-%20Tokoh%20Non%20Muslim%20Era%20Kegemilangan%20Zaman%20Abbasiyah.pdf




4 CIRI CIRI PENTERJEMAH YANG BAIK



4 KUALITI SEORANG PENTERJEMAH YANG BAIK.

Setiap pekerja memainkan peranan yang penting dalam melahirkan kualiti setiap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mereka. Begitulah juga dengan penterjemah. Seorang penterjemah yang baik biasanya dinilai daripada 4 aspek.
1.      RESPONSIF.
Penterjemah yang responsif  bermaksud seorang yang cekap dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Cabaran bagi seseorang pentejemah adalah sangat besar. Situasi seperti  penambahan atau pertukaran  teks terjemahan  secara tiba tiba dan kesempitan waktu untuk proses terjemahan sangat memberi tekanan dan boleh menyebabkan teks terjemahan yang dihasilkan  kurang berkualiti. Namun begitu, penterjemah yang baik akan sentiasa cuba untuk mengawal tekanan dan menyesuaikan diri dengan situasi tersebut dengan mengekalkan fokus untuk mencapai matlamat penterjemahan iaitu menyampaikan perasaan penulis kepada pembaca sasaran..

2.      PANTAS.
Pantas dalam melakukan tugas tidaklah bermakna seseorang peterjemah boleh menrterjemah teks dalam waktu yang sangat singkat melainkan beliau dapat menyempurnakan tugasan tersebut dengan waktu yang realistik dan munasabah.
Waktu yang diperuntukkan untuk proses penterjemahan diisi dengan sebaiknya untuk meningkatkan kualiti terjemahan demi menyampaikan perasaan penulis asal kepada pembaca sasaran dalam bentuk yang sewajarnya samada fakta, komedi ataupun fiksyen.

3.      DISIPLIN.
Penterjemah yang berdisiplin adalah penterjemah yang menepati masa, atau kata lainnya “deadline”.  Sekiranya penterjemah gagal memberikan teks terjemahan dalam masa yang ditetapkan, pelbagai pihak akan menerima implikasi daripada perbuatan tersebut. Penerjemah yang baik akan memberikan perkhidmatan yang baik dengan menghormati   pra syarat yang dikemukakan  kerana mereka memahami akan akibatnya sekiranya tidak diksanakan. Seandainya penterjemah tersebut yakin akan ketidakmampuannya dalam menghasilkan terjemahan yang berkualiti dalam tempoh waktu yang diberikan , mereka akan terlebih dahulu berunding dengan pihak atasan untuk mengatasi masalah tersebut daripada menghantar teks lambat dan menusahkan orang lain.

4.      RENDAH DIRI.
Pepatah Melayu ada mengatakan, “jadilah seperti padi, semakin berisi semakin menunduk.” Nasihat ini adalah sangat wajar ditujukan kepada setiap individu khususnya dalam melahirkan pekerja yag berperibadi mulia. Tidaklah memunduk menjadikan seseorang itu semakin hina bahkan mulia di pandangan manusia. Penterjemah yang merendah diri  berpotensi untuk melangkah lebih jauh dalam bidang yang diceburinya berbanding penterjemah yang angkuh akan  kebolehannya. Penteremah yang merendah diri kebiasaanya akan sentiasa cuba untuk mencari kesalahan dan  memperbaikinya serta tidak pernah jemu untuk menadah telinga mncari ilmu walaupun daripada mereka yang lebih rendah tarafnya. Sikap inilah yang akhirnya akan menghasilkan sebuah teks terjemahan yang berkualiti.


Rujukan : https://vling.ca/en/qualities-good-translator/

Menterjemah Unsur dan Budaya


Menterjemah unsur dan budaya


1) Kebudayaan : Keseluruhan dan kesempurnaan cara hidup
                          : Cara manusia melihat, mengkait dan berfikir.
                          : Mesti dipersetujui oleh masyarakat

2) Sifat Kebudayan : Dipelajari oleh anggota masyarakat
                                : Tidak boleh diterima oleh baka keturunan
                                : Dipraktikkan bersama anggota masyarakat

4) Fungsi : Meneruskan generasi
                : Meneruskan peraturan antara masyarakat atau orang luar.
                : Sebagai perangsang kepada masyarakat.
                : Mengawal dan menjaga anggota masyarakat.

6) Kaitan antara budaya dan penterjemahan :
 
 - Budaya dan bahasa tidak boleh dipisahkan
 - Penterjemahan turut melibatkan budaya
 - Apabila bahasa berbeza, dengan sendirinya budaya berbeza, menyebabkan kesukaran            penterjemahan tersebut.

7) Pembahagian budaya :

- Ekologi : alam sekitar (tumbuhan, makhluk)
- Sosial : Adat resam dan kepercayaan (khatan, makanan, kahwin)
- Ideologi : Agama, adat resam, kepercayaan, politik (melibatkan emosi, khurafat,sihir )
- Material

8) Teknik terjemahan : - kekalkan
                                     - ubahsuai
                                     - hilangkan

9) Kenapa budaya susah diterjemahkan ?

- kerana masyarakat yang berbeza
- padanan terjemahan sukar untuk dapatkan

10) Bagaimana nak kurangkan kesukaran terjemahan ?

- Rujuk kamus yang sesuai
- Tanya orang Arab
- Tanya orang yang pernah duduk di negara Arab dan mengetahui adat resam masyarakat Arab



Moga bermanfaat..



Terjemahan Puisi Arab (Barat dan Timur)

Terjemahan Puisi ke 2


Barat dan Timur

Di sana suatu yang merentang,
Di sepanjang terowongan sejarah,
Suatu yang dihias dan diserang,
Membawa bayi dari minyak berbisa,
Dengan saudagar beracun yang mendendangkan,
Lagu-lagu memikat.

Di sana timur laksana seorang kekanak,
Meminta dan melaungkan pertolongan,
Dengan barat, tuannya yang maksum,
Peta telah diubah,
Seluruh dunia menjadi api,
Maka abu,
Timur dan barat berkumpul,
Dalam satu pusara.


Moga bermanfaat..




Terjemahan Puisi Arab (Usah kau sangkal)






Usah kau sangkal

Kau kasihkan daku, sayangku,
Kau kasihkan daku, usah kau sangkal,
Jangan dakwa bagimu,
Cinta tak melintas fikiran,
Atau qalbumu ketandusan,
Cinta penyalir pecinta,
Lahirkan cinta, jangan malu,
Kerana ia bukan mungkar,
Tidak aib, malah,
Rasa hati suci,
Tidakkah Azizah isytiharkan,
Cintanya pada Qusyair?
Tidakkah Busainah,
Menjelas yang tersembunyi pada Jamil?
Usah kau sembunyi cinta, memang ketara,
Mata kita tidak melindung,
Lahirkan cinta, kerana,
Berapapun kau pendam,

Keharumannya kan semerbak.


Moga bermanfaat ...


Ultra Man
d -->