About Me

My photo
We are student of National University Of Malaysia. This blog is for our assignment project which is "Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1"

Terjemahan Arab Melayu Cerita Pendek 2

Kanak-kanak lelaki dan seorang penjual

Seorang kanak-kanak lelaki telah pergi ke kedai sayur untuk membeli buah kurma sebanyak enam puluh dirham. Maka, kanak-kanak lelaki itu menghulurkan buah kurma tersebut kepada penjual itu, dan penjual itu telah mengurangkan timbangan kurma tersebut.
Maka berkatalah kanak-kanak lelaki itu :
Kenapa kamu kurangkan timbangan kurma itu ?
Jawab penjual itu : supaya menjadi ringan apabila kamu membawanya.
Kemudian, penjual itu meminta wang daripadanya, lalu dia membayarnya dengan lima puluh dirham sahaja.
Maka berkatalah penjual itu :  Sesungguhnya, harga tamar ini enam puluh dirham, kenapa kamu kurangkannya?
Maka jawab kanak-kanak itu : Supaya lebih mudah untuk kamu mengira wang tersebut.




Terjemahan Arab Melayu Cerita Pendek 1


                                                       

GABENOR MISKIN

Pada suatu hari, khalifah bertanya kepada menterinya bahawa dia mahu melawat di bandar-bandar di negeri ini.
 Khalifah ingin mengetahui keadaan rakyat dalam usahanya untuk membantu orang-orang miskin dan yang memerlukan.

          Apabila khalifah itu tiba di bandar pertama, beliau ingin mengetahui nama-nama orang miskin. Baginda mendapati antara nama-nama itu, ada nama gabenor bandar. Khalifah berasa ta’jub mengenai perkara itu dan mengarahkan untuk bertemunya dan bertanya kepadanya :

Adakah anda seorang yang miskin dan anda mengambil gaji yang tinggi?

          Saya mengedarkan gaji saya kepada orang-orang miskin di bandar, saya menghalang mereka daripada lapar dan tidak akan saya buat apa-apa daripadanya. Maka khalifah telah berpuas hati dengan perbuatan gabenor lain dan dia telah menggandakan gaji bulanan beliau dan lebih baik kepada orang-orang miskin.
     

Contoh Terjemahan Melayu Arab




Terjemahan Melayu Arab.


1..     Pelajar ini mempunyai sebuah buku.
                 يملك الطالب الكتاب

2..   Terdapat banyak jalan dan taman di Iskandariah.
 توجد طرق والحدائق            

3      Jika kamu tidak sihat, agak-agak apa ibu kamu akan buat?
اذا كنت مريض , ماذا ستفعل ؟            

4.      Terdapat banyak hotel dan kedai baru di jalan ini.
 توجد الفنادق والدكان في هذا طريق          

5.      Hotel ini ada banyak bilik yang besar dan cantik.
توجد كبيرة غرف وجميلة في هذا الفندق         

6.      Katakanlah dia itu anak perempuan kamu, apa kamu akan buat?
اذا كانت بنتك , ماذا ستفعل ؟          

7.      Bilik-bilik ini ada empat katil.
توجد في هذه غرف أربعة أسرّة         

8.      Kucing saya mempunyai mata hijau yang cantik.
يملك قطي عيون الحضراء الجميلة          

9.      Jangan layan saya seolah-olah saya hambamu.
لا تعجل كأنني عبدك          

1.    Bolehkah kamu bertutur dalam Bahasa Arab?

هل يمكن أن تتكلم باللغة العربية           




Ciri-ciri Laras Bahasa



Assalamualaikum...

Ciri-ciri Laras Bahasa

      Ditentukan oleh dua faktor utama:

      Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa
      Ciri-ciri linguistik
                                                                 
1. Ciri-ciri keperihalan

      Terbahagi kepada dua jenis:

      Situasi luaran
      Situasi persekitaran

      Situasi luaran ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.

      Situasi persekitaran ialah aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa

      Empat faktor yang ketara ialah:
      Cara penyampaian (lisan, bertulis, bahasa isyarat dll)
      Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa
      Bahan yang diperkatakan
      Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa (rasmi/tak rasmi)

2. Ciri-ciri Linguistik

      Bermaksud unsur-unsur sistem bahasa itu, iaitu aspek bunyi, perkataan, frasa dan ayatnya.

      Aspek bunyi – nada suara (drama, ucapan dll)
      Aspek perkataan – perkataan khusus berdasarkan bidang, unsur kolokasi (dua perkataan yang berkaitan), perkataan pinjaman.
      Aspek ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang pendek.



Laras Bahasa



"Adakah laras bahasa ini penting dalam penulisan dan penterjemahan?"


Assalamualaikum


Laras bahasa sangat penting dalam penulisan mahupun penterjemahan, jadi, apakah maksud bahasa?  Bahasa ialah  Satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung. Selain itu, ia merupakan alat perhubungan dan komunikasi dan alat untuk menyatakan perasaaan , melahirkan keinginan dan sebagainya. Bahasa mempunyai sistem yang heterogen. Terdapat pelbagai ragam atau variasi dalam sesuatu bahasa. Dalam sosiolinguistik, ragam bahasa yang timbul akibat penggunaan yang pelbagai diistilahkan sebagai laras.
     Oleh demikian, kajian yang dibuat oleh ahli linguistik dan sosiolinguistik menimbulkan beberapa pandangan tentang konsep dan takrif laras bahasa. Antaranya seperti Nik Safiah Karim (1989;2) mengatakan bahawa laras bahasa ialah gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa, bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Selain itu, Ainon Muhammad (1991:107) juga berpendapat bahawa laras bahasa ialah perkataan-perkataan yang digunakan dengan pengertian khusus dalam bidang itu sahaja. Perkataan-perkataan itu digunakan juga dalam bidang lain tetapi dengan makna yang berlainan antara satu bidang dengan bidang yang lain. Biasanya, perkataan itu terdiri daripada perkataan biasa. Seterusnya, Asmah Haji Omar (1987: 2), laras bahasa ialah unit-unit khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang penggunaannya. Menurutnya lagi, setiap bahasa ada variasi atau kelainan. Setiap kelainan boleh dilihat dari pelbagai sudut, berdasarkan kawasan (dialek), situasi sosial (dialek sosial – bahasa kasar, bahasa halus dan bahasa neutral ), tema atau judul (laras bahasa) – laras bahasa sastera, laras bahasa akademik dan sebagainya.

    Kesimpulannya, laras bahasa ini sangat penting kerana ia merupakan ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan. Serentak itu juga, bahasa yang digunakan untuk sesuatu konteks adalah berlainan, misalnya, bahasa yang digunakan dalam ulasan sukan dengan bahasa minit mesyuarat adalah berbeza, bahasa yang digunakan dalam bidang masakan tidak sama dengan bahasa yang digunakan dalam bidang pemotoran. Jelasla di sini bahasa laras bahasa itu sangat penting dalam tulisan mahupun dalam penterjemahan.

Sekian








Ultra Man
d -->